ENTAH di mana kurangnya layanan batin yang diterima dari suami sendiri, seorang wanita yang juga ibu beranak satu sanggup ‘makan luar’ dengan lelaki lain malah mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Tapi cerita kecurangan tersebut akhirnya terbongkar dengan cara tragis sehingga si suami bernama Azam bertindak nekad menceraikan isterinya itu dengan talak satu!
Dikongsi di portal eberita.org, kisah curang berkenaan sebelum itu sudah pun dihidu oleh rakan si suami yang pernah terlihat wanita berkenaan masuk ke sebuah hotel bajet murah bersama lelaki yang tidak dikenali pada waktu malam.
Walau bagaimanapun, cerita yang dipanjangkan kepada Azam oleh temannya itu langsung tidak diendahkan. Ikut logik Azam, mana mungkin isterinya berselingkuh kerana dia bekerja syif malam.
Namun lama-kelamaan, perubahan sikap dan ‘layanan’ yang diberikan si isteri membuatkan detik hati Azam mulai was-was lantas dia mula membuat siasatan sendiri bagi kesahihan spekulasi yang sampai ke telinganya.
Pada suatu malam, curiga Azam mula bertunaskan cemburu dan marah apabila dua biji matanya sendiri menjadi saksi kepada keakraban isterinya dengan seorang lelaki yang cukup bergaya, segak dan memiliki kemewahan.
Gaya mereka seperti pasangan yang sedang mabuk cinta membuatkan perasaan Azam bergelumang dengan berang.
Tak boleh jadi ni… Azam terus pulang ke rumah dan nekad menunggu isterinya pulang bagi menyelesaikan sendiri kemelut yang bertandang dalam dadanya.
Setelah isterinya pulang ke rumah, tanpa berlengah Azam terus menarik tangan wanita berkenaan sehingga tubuhnya jatuh ke lantai lantas merenggut baju yang membalut tubuh sehingga menampakkan payudara si isteri.
Dia kemudian bertindak mencium puting payudara wanita itu bagi mencari bukti kecurangan. Mengejutnya, dia mengesan bau hanyir dan rokok di kawasan sulit pada puting buah dada tersebut.
Luluh hati si suami. Azam kemudiannya mengambil keputusan melepaskan isterinya dengan talak satu!
Walaupun kisah yang dikongsi di portal berkenaan hanyalah satu cerita yang tidak mempunyai sumber yang sahih, namun memandang dari satu sudut, ia mampu dijadikan pedoman buat pasangan berkahwin untuk lebih berhati-hati dan sentiasa jujur antara satu sama lain.
Apalah gunanya perkahwinan kalau di belakang, ada antara suami mahupun isteri berlaku curang… – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Puting Payudara Isteri Bau Rokok Akhirnya Bongkar Kisah Curang"
Post a Comment