Kisah Sebenar Disebalik Gadis 13 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir Di Kota Marudu
GADIS 13 TAHUN DI ROGOL BERGILIR DI KOTA MARUDU!-Kes berlaku pada 28 julai 2015 di kota marudu sabah di mana Seorang gadis perempuan kini mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol lelaki termasuk dua pelatih unit beruniform di sebuah padang permainan di sini, baru-baru ini.
Mangsa yang berusia 13 tahun itu dirogol kesemua suspek secara bergilir-gilir dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam.
Sumber berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa pergi ke sebuah perhentian bas untuk berjumpa dengan sepupunya.
Katanya, sampai di perhentian bas berkenaan, suspek turut berada di lokasi berkenaan dan kesemua mereka telah minum minuman keras.
“Sebaik sahaja minum, salah seorang suspek mengajak mangsa masuk ke dalam sebuah kereta sebelum bertindak merogolnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber itu lagi, mangsa kemudian dirogol oleh suspek yang lain di sebuah pondok berhampiran padang permainan itu.
Malah, katanya, suspek terakhir telah mengarahkan mangsa untuk melakukan seks dengan menghisap kemaluannya.
Selain itu, sumber menjelaskan, mangsa kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd.
Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 375B dan 377C Kanun Keseksaan.sumber.
0 Response to "Kisah Sebenar Disebalik Gadis 13 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir Di Kota Marudu"
Post a Comment