Muat naik foto isteri berbaju jarang nampak peha, peminat kecam Awal Ashaari

Semalam telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2015) yang dihadiri oleh ramai artis popular tanah air. Masing-masing tampil bergaya memperagakan busana yang dipakai.

Pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak ketinggalan untuk sama-sama menghadirkan diri. Namun Awal dikecam hebat dek kerana membenarkan isterinya memakai dress jarang sehingga menampakkan peha. Betul ke?


Macam-macam komen

Pengguna sosial media yang kurang senang dengan pakaian yang digayakan oleh Scha ini meninggalkan komen berbaur provokasi. Tidak kurang juga ada yang sekadar memberi pesanan.
Peka dengan sikap ‘ambil berat’ peminatnya itu, Awal Ashaari tenang menjawab segala kritikan dan meninggalkan beberapa pesanan.

Boleh email personally

Nampaknya Awal dah belajar dari kesilapan lalu, tidak cepat melatah malah memohon maaf jika foto yang dikongsinya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Apa-apa pun doakan yang terbaik buat pasangan ini. sumber pilihan anda blogspot com

0 Response to "Muat naik foto isteri berbaju jarang nampak peha, peminat kecam Awal Ashaari"

Post a Comment