Budak 5 tahun kena rogol


JEMPOL - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang bermain di padang permainan di Taman Mahsan, Bahau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa yang sedang bermain sendirian di padang permainan berhampiran rumahnya itu diperhatikan suspek terlebih dahulu sebelum mengajak ke kawasan hujung padang.

Suspek kemudian dikatakan menunjukkan alat sulitnya sebelum bertindak merogol mangsa di kawasan hujung padang permainan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapanya selepas pulang ke rumah.

“Mangsa mengadu sakit di alat sulitnya dan ibu bapa mangsa yang berasa curiga segera membawa anaknya itu ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak itu telah dirogol dan meminta ibu bapa membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, katannya, polis berjaya menahan suspek berusia 30 tahun itu di sekitar Pekan Bahau, kira-kira jam 1 petang, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. Sinar Harian
*Gambar hiasan

0 Response to "Budak 5 tahun kena rogol"

Post a Comment