Sebar video 'terlampau', pelajar SMJKC di Perak digantung sekolah


GARA-GARA memuat naik video di Facebook yang dianggap memalukan, seorang pelajar sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) Cina di Perak dihukum gantung persekolahan selama empat hari.

Menerusi salinan surat melanggar disiplin yang dikongsikan sendiri pelajar terbabit di Facebook, pengetua SMJK Nan Hwa memutuskan hukuman kepadanya itu berdasarkan Peraturan 4, Education Regulation (School Discipline) 1959 yang memberi hak kepada pengetua untuk melaksanakan hukuman kepada pelajar.

SUMBER GAMBAR: Facebook Bryan Wee

Sehubungan itu, Bryan dikenakan tindakan gantung persekolahan bermula 8 Mac hingga 11 Mac depan atas sebab melakukan “perbuatan tak senonoh (Facebook)” serta bagi “mententeramkan keadaan sekolah”.

Tindakan Bryan berkongsi hukuman yang diterimanya di laman sosial, bagaimanapun mendapat reaksi bercampur.

Ramai menyokong keputusan sekolah tersebut kerana beranggapan tindakan Bryan memalukan pihak sekolah namun tak kurang juga yang mempertikaikannya atas alasan, video di Facebook sepatutnya dianggap sebagai hak peribadi selagi ianya tidak diblok oleh Facebook sendiri.

Video yang dimuat naik Bryan di laman Facebooknya, mendapat kecaman ramai kerana dia memperolokkan penyanyi kesukaan ramai teman sebayanya sekarang, selain mengganggu perasaan sesetengah orang selepas mendengar nyanyiannya yang teruk - Pilihan anda blog

0 Response to "Sebar video 'terlampau', pelajar SMJKC di Perak digantung sekolah"

Post a Comment