'Dulu Bil Elektrik RM205 Sebulan, Sekarang RM39.89 Je'


Ini bil elektrik kami (gambar di bawah) dari bulan Jun hingga Disember 2015. Baca caj semasa sahaja.
  • Jun - RM205.00
  • Julai - RM163.41
  • Ogos - RM126.21
  • September - Hilang (garu kepala)
  • Oktober - RM63.64
  • November - RM84.00
  • Disember - RM39.89


Bulan Jun hingga Ogos hanya untuk makluman jumlah bil elektrik yang biasa diterima. 

Bil elektrik dari bulan September, saya mula mencabut kesemua plug barangan elektrik yang tidak digunakan, ketika suami bertugas di luar kawasan. 

Bil elektrik pada bulan Oktober pula menunjukkan ada berlakunya penurunan. Ok!

Bagi bil elektrik bulan November, suami ada di rumah dan masih belum biasa dengan 'peraturan baru'. Dia gemar meninggalkan laptopnya yang dicas sehingga pagi keesokan harinya. 

Bil elektrik bulan Disember? Apa yang kami lakukan ialah tutup dan cabut plug barangan elektrik yang tidak digunakan dan sudah menjadi amalan kami sekeluarga.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan kipas berdiri, cabut plug kipas tersebut apabila anda keluar dari bilik. Biarpun anda akan kembali masuk ke dalam bilik beberapa jam kemudian. 

Anda boleh menggunakan penghawa dingin atau apa saja barangan elektrik di rumah apabila perlu. Tricknya ialah, plug barangan elektrik kekal dicucuk pada soket terutamanya extension plug (1 plug dengan 2-5 plugs?)

"Memang tinggilah bil bulanan anda!"

Kami juga menggunakan penghawa dingin. Jadi, apabila tidak digunakan, kami cabut plug (jika ada). Bukan hanya sekadar menutup suisnya sahaja. 

Namun begitu, plug barangan elektrik yang utama speerti Peti Ais, Thermo Pot, dan yang berkepentingan, tak usahlah cabut. Saya hanya sekadar berkongsikan cara penjimatan elektrik keluarga kami. - Liyana Syazwani

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

0 Response to "'Dulu Bil Elektrik RM205 Sebulan, Sekarang RM39.89 Je'"

Post a Comment