Sayu..Luluh Hati Suami Lihat Isteri Dan Anak Maut Jatuh Cerun Lepas Kemalangan [5 GAMBAR]

Luluh hati seorang lelaki apabila dia terpaksa melihat isteri dan bayi lelakinya yang berusia enam bulan terjatuh dari cerun bukit setinggi kira-kira 20 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa yang berusia 33 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal bersama isterinya yang sedang mendukung bayi tersebut sebelum dipercayai terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.

Akibat daripada rempuhan itu, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kejadian itu masih disiasat pihak polis. - KOSMO! ONLINE




0 Response to "Sayu..Luluh Hati Suami Lihat Isteri Dan Anak Maut Jatuh Cerun Lepas Kemalangan [5 GAMBAR]"

Post a Comment