Kali ini berkongsi info dari blog SajaKongsi, dapat kami paparkan kepada anda 9 wajah selebriti ini yang seakan-akan seiras dengan individu yang tidak mereka kenali.
Pasti ada yang keliru mana satu selebriti kesayangan mereka!
Adakah terdapat nas yang sahih mengatakan bahwa dalam dunia ni ada 7 org yang berwajah sama?? dan hukum mempercayainya?
Wallahualam
Alhamdulillah , segala puji-puji hanyalah untuk Allah Taala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .
Setahu kami ( berdasarkan ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini ) , tidak ada sebarang nas ( bukti ) yang sahih yang ada menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda sedemikian .
Walaupun begitu , banyak juga perkara yang tidak pernah disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan tetapi kita BOLEH juga mempercayainya , di antaranya ialah : Kepercayaan bahawa memakan Tongkat Ali boleh menyebabkan seseorang itu kuat . Percaya bahawa sesiapa sahaja yang memiliki lesen terbang kelak nanti akan ditangkap oleh JPJ . Percaya bahawa di dalam al-Ahkam Online ini terdapatnya mereka yang baik hati dan suka menyumbang derma untuk perjuangan Islam ( khasnya kepada al-Ahkam Online ) .
Begitu juga ada kepercayaan yang MESTI kita percaya dengannya walaupun ianya tidak pernah disebut langsung oleh Baginda Rasulullah s.a.w , contohnya ialah :
2 X 2 = 4
1 + 1 = 2
Bapa lebih tua daripada anak
Setiap benda / jisim sudah tentu memenuhi sesuatu ruang
Begitulah juga dengan masalah 7 orang berwajah sama ini .
Menurut ahli-ahli Biologi , di dalam dunia ini terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama / hampir sama ( sama tetapi tidak serupa ) . Dan tidak mustahil , daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia .
Itulah kata mereka , dan terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu ataupun tidak . Percaya kepada teori itu tidaklah merosakkan iman kita dan tidak percaya juga tidaklah menyebabkan kita akan berdosa , kecualilah kalau kita percaya bahawa Allah tidak berkuasa mencipta 7 orang yang berwajah sama , bahkan seiras . SubhalLah an misli hadzal qaul ( Maha Sucilah Allah daripada kata-kata ini ) .
Dan kalau teori itu memang benar , maka itu LEBIH MENAMBAH keyakinan kita kepada kehebatan dan kekuasaan Allah Taala untuk berbuat apa sahaja , dan kalau teori itu tidak benar , kita tetap yakin bahawa Allah Taala itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana di dalam mengatur perjalanan alam maya ini .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
Sumber: syokkita
0 Response to "7 GAMBAR WAJAH SELEBRITI MALAYSIA YANG SEIRAS !!! "
Post a Comment