[VIDEO] ZALIM ! Punca Gadis 16 Tahun Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Hingga Mati!!



GUATEMALA CITY – Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.

Menurut laporan Daily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique González Noreiga di Rio Bravo, Guatemala.

Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.

Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.

Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.

Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.

Namun, video yang dimuat naik itu tidak disiarkan oleh kebanyakan agensi berita kerana kandungannya yang terlalu ekstrem.

Menurut laman web berita Tiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.

Polis dilapor sedang menyiasat kes ini.

Tonton Video Dibawah:

0 Response to "[VIDEO] ZALIM ! Punca Gadis 16 Tahun Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Hingga Mati!!"

Post a Comment