VIDEO: Kanak-Kanak Ini Amat Bertuah Dapat Kejutan Dari "Homeless" Yang Sebenarnya Adalah C. Ronaldo



Ramai diluar sana kita melihat gelandangan atau "homeless" iaitu mereka yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di kaki-kaki lima bagunan ataupun bagunan lama yang ditinggalkan.

Mereka ini ada yang 'kais pagi makan pagi' dan ada juga mereka ini yang bekerja tetapi mungkin kerana faktor harga rumah yang agak tinggi di bandaraya Kuala Lumpur ini memaksa mereka untuk hidup sebegitu.

Tetapi bagaimanapun pandangan kita masyarakat kepada mereka ini? adakah kita akan melayan mereka seperti orang lain?ada yang menghina mereka dan ada yang menghormati mereka.

Tetapi lain kisahnya pula yang berlaku di Madrid, ibu negara Sepanyol ini, di mana seorang "homeless" telah membuat satu kejutan besar kepada seorang budak yang bermain bola bersamanya.

Dari rakaman video yang dibuat ternyata tidak ada sesiapa pun memperdulikan penggemis itu yang merupakan permain bola sepak terbaik dunia iaitu permain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.



Ronaldo dalam satu rancangan telah manyamar sebagai seorang penggemis yang selekeh bermain bola di jalanan. Dia cuba menarik perhatian orang ramai tetapi tidak ada yang memperdulikannya.

Lebih mencuit hati, Ronaldo turut menegur seorang gadis dan meminta nombor telefonnya, namun gadis itu enggan memberikan nombor telefonnya.

Beliau yang mengenakan pakaian selekeh, berambut panjang, berjambang dan bermisai telah di layani oleh seorang kanak-kanak 'bertuah' di mana kanak-kanak berkenaan menyetai "homeless'' itu bermain bola bersama.


Selepas selesai bermain boleh, Ronaldo bertanya nama kanak-kanak berkenaan dan telah menandatangani bola tersebut sambil membuka rambut dan jambang palsu yang dipakainya sebelum menyerahkan bola tersebut kepada kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak tersebut dan orang ramai sekeliling ternyata terkejut selepas melihat kelibat "homeless" tersebut adalah Cristiano Ronaldo dan mereka mula mengerumuni beliau.

Kan, sebelum tu tak ada orang nak layankan. Bila dah tahu sapa dia berpusu-pusu orang kerumun nak ambil gambar. - Siakapkeli.my


0 Response to "VIDEO: Kanak-Kanak Ini Amat Bertuah Dapat Kejutan Dari "Homeless" Yang Sebenarnya Adalah C. Ronaldo"

Post a Comment