Suami Saman Isteri RM82 Ribu Kerana Wajah Buruk


  • Suami failkan saman terhadap isterinya bagi menuntut ganti rugi selepas sehari perkahwinan mereka, setelah dia melihat wajah isterinya tanpa solekan membuatkan dia merasakan dirinya telah ditipu.
  • Suami memfailkan saman berjumlah £13,000 (RM82,136) terhadap isterinya atas penderitaan psikologi. 
  • Mahkamah di Algiers diberitahu, lelaki itu menyangka wanita terbabit adalah pencuri.

Semasa perkahwinan, lelaki itu bersetuju untuk hidup semati di kala susah ataupun senang bersama isterinya. Namun, segala-galanya musnah setelah melihat wajah isterinya tanpa solekan.

Lelaki itu sangat terkejut setelah melihat wajah wanita itu pada waktu pagi, sehari selepas perkahwinan mereka dan dia tidak menyangka itu adalah isterinya sendiri sebelum menuduhnya sebagai seorang pencuri yang telah memecah masuk ke rumah mereka.

Namun, setelah menyedari wanita itu sebenarnya adalah wanita yang berkahwin dengan dirinya semalam, dia membuat keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah, atas asalan penderitaan psikologi  kerana merasakan dirinya telah ditipu dengan solekan di wajah wanita itu.

Pengantin lelaki itu menuntut ganti rugi sebanyak $20,000 (£13,000).

Lapor akhbar di negara Utara Afrika-Arab, pengantin lelaki itu bersumpah di mahkamah bahawa dia menyangka isterinya adalah seorang pencuri yang datang untuk mencuri di apartmennnya.

"Dia berkata dia telah ditupu kerana sebelum berkahwin, wanita itu selalu menggenakan solekan di wajahnya," lapor sumber dari mahkamah.

"Katanya lagi, wanita itu kelihatan sangat cantik dan menarik perhatian sebelum berkahwin. Namun, selepas dia bangun dari tidurnya, dia sangat terkejut melihat wajah wanita itu selepas mencuci mukanya dan menyangka dia adalah seorang pencuri," kata sumber. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "Suami Saman Isteri RM82 Ribu Kerana Wajah Buruk"

Post a Comment