Remaja dirogol adik rakan
KODIANG - Seorang remaja dirogol oleh adik rakannya yang baru mencecah usia 15 tahun ketika berkunjung ke rumah rakannya itu bulan lalu.
Mangsa yang berusia 17 tahun, dari sebuah kampung dekat sini, mengaku dirogol dalam bilik adik rakannya, Salsabila (bukan nama sebenar).
Ketika kejadian bulan lalu, mangsa ke rumah Salsabila di kampung berdekatan, kedua-duanya kemudian keluar untuk mengutip daun ketum di kawasan berhampiran.
Selesai mengutip daun ketum sekitar jam 4 petang, mangsa mengikut Salsabila pulang ke rumahnya untuk berehat dan minum air dalam bilik tidur adik rakannya.
Bagaimanapun, adik lelaki Salsabila, dikenali sebagai Megat (bukan nama sebenar) masuk ke dalam bilik itu dan pada ketika itu, Salsabila keluar sebentar.
Difahamkan, Megat terus memegang tangan mangsa yang ketika itu cuba untuk keluar dari bilik berkenaan, namun ditarik oleh Megat dan menolaknya ke atas katil.
Berdasarkan laporan polis, Megat memasukkan kemaluannya dalam kemaluan dan dubur mangsa.
Ketika kejadian, mangsa tidak melawan kerana bimbang dipersalahkan berikutan mangsa sendiri yang datang ke rumah itu.
Sebaik Salsabila masuk ke dalam bilik itu, Megat terus melepaskan mangsa. Bagaimanapun mangsa sempat berbual dengan Salsabila sekitar tiga minit sebelum pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, suspek berusia 15 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan siasatan, ini adalah kejadian kali kedua, di mana kali pertama mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek Jun lalu. Ketika itu, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku pada rakan dan guru di sekolahnya,” katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan saksi iaitu rakan dan guru mangsa bagi mengesahkan dakwaannya.
“Mangsa sendiri mengadu dirogol oleh seorang remaja dikenali Megat ketika pergi ke rumah rakannya. Guru terbabit turut mengesahkan mangsa berjumpa dengannya di sekolah pada 5 Julai lalu, dan memberitahu dirogol,” katanya. Sinar harian *Gambar hiasan
0 Response to "Remaja dirogol adik rakan"
Post a Comment