Fuh!!! Agak sedih sekiranya desas-desus yang sedang bertiup kencang ini adalah satu kenyataan. Mana tidaknya, pasangan sweet Nora Danish dan Nedim Nazri dikatakan sudah pun putus cinta. Persoalan ini mula ditimbulkan menerusi satu ruangan di Utusan Malaysia yang kehairanan apabila Nora Danish sudah mulai jarang berkongsi gambarnya bersama Nedim. Malah kelihatan juga beberapa komen yang seolah-olah mengiyakan desas-desus perpisahan pasangan secocok ini.
Selain itu Nedim juga dilihat memuatnaik beberapa gambar dengan ‘quote’ yang kelihatan puitis dan membayangkan kekesalan. Tidak pula dipastikan sama ada ia ditujukan kepada Nora Danish. Sukar mahu membuat kesimpulan kerana kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.
Namun begitu, sama-samalah kita doakan agar desas-desus ini palsu. Rasa rugi pula apabila sebegitu lama menjalin cinta dan perhubungan terlerai di tengah jalan. Pasti ada jalan penyelesaian sekiranya berlaku salah faham. Mungkin Nora dan Nedim boleh bawa berbincang terlebih dahulu?
Abang Nara yakin para peminat yang menggemari pasangan kekasih ini akan kecewa sekiranya desas-desus ini benar. Kita nantikan penjelasan daripada mereka. Buat masa ini, silalah bersabar dan doakan yang terbaik. beautifulnara com
0 Response to "Nora Danish & Nedim Nazri Sudah Putus Cinta?"
Post a Comment