Minum Susu Lembu, DNA Masuk Dalam Badan Bayi & Jadi Pemarah


Ulasan seorang ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita disiarkan oleh TV3  mengundang kritikan dari netizen di laman sosial.

Rancangan yang membincangkan kebaikan serta khasiat susu ibu kepada bayi itu mendakwa bayi yang diberi minum susu lembu akan cepat menjadi pemarah kerana DNA lembu yang sifatkan cepat marah telah masuk ke dalam badan bayi.

Justeru, netizen khususnya para ibu yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu, mengkritik ustazah berkenaan dan mengatakan beliau seolah-olah menghina golongan ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu badan.


Bagi netizen, adalah tidak adil ustazah berkata seperti itu kerana ada segelintir ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu badan lagi yang mana dipengaruhi dengan faktor-faktor tertentu meski pun diperah menggunakan 'teknologi' perahan zaman ini. - THEHYPEMEDIA.COM






























sumber asal

0 Response to "Minum Susu Lembu, DNA Masuk Dalam Badan Bayi & Jadi Pemarah"

Post a Comment