Meraung mahu terjun bangunan jika perbuatan jijiknya diketahui ibubapa!
Alor Setar : Panik apabila ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), seorang wanita berusia 21 tahun hanya mampu meraung selain mengugut mahu terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di bandar raya ini, semalam.
Suspek yang masih belajar dan berasal dari Perak itu cuba meraih simpati dengan menangis teresak-esak meminta dilepaskan kerana bimbang perbuatannya diketahui keluarga.
Wanita terbabit ditemui bersembunyi dalam bilik air dengan memakai seluar panjang dan singlet manakala pasangan lelakinya berusia 20-an memakai kemeja-T dan seluar panjang turut berada dalam bilik berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-Undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan kira-kira jam 1 pagi dan mendapati pintu berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki membukanya dan terkejut apabila melihat kehadiran pihak berkuasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
0 Response to "Meraung mahu terjun bangunan jika perbuatan jijiknya diketahui ibubapa!"
Post a Comment