SUSULAN kontroversi yang melanda pelakon drama terkenal, Fizz Fairuz apabila dia dikatakan cuba menggoda seorang aktres baru, cerita tersebut nampaknya tak terhenti di situ apabila gadis berkenaan tampil menceritakan secara terperinci dakwaannya itu.
Bakat baru yang bernaung di bawah pengurusan MIG, Fara Mendoza berkata, tindakan mendedahkan perkara itu dibuat setelah dia tidak tahan lagi kerana asyik diganggu, malah turut mengakui Fizz ada menawarkannya beg berjenama.
“Serius Body U Mantop Gila” – Fizz Fairuz Kaki Perempuan?
Katanya seperti dilaporkan MStar, “Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.
“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya.”
Walau bagaimanapun, Fara menyedari bahawa tindakannya berkongsi screen captured tersebut bukan tindakan bijak setelah dinasihati oleh rakannya yang juga pelakon Emma Maembong.
“Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu.”
Menyingkap pula cara mereka berkenalan, Fara berkata, mereka bertemu ketika dia menemani Emma di set penggambaran drama arahan Micheal Ang, Hantu Rumah Sakit Jiwa.
“Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.
“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi.”
Wah! Memang betul-betul panas kan pengakuan yang dibuat oleh Fara ni. Tapi lain pula kisahnya apabila cerita ini disogokkan kepada empunya diri, Fizz Fairuz.
Bercakap kepada Berita Harian, Fizz yang juga tonggak filem Mat Tudung menafikan bahawa dia pernah mengenali gadis tersebut.
Walau bagaimanapun, dia mengakui memiliki akaun Wechat, namun berkata, akaun yang disebarkan itu bukanlah miliknya.
Jom kita baca kenyataan dari Fizz sendiri.
“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya.
“Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini. Saya juga tak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu sebegini.
“Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak ada apa yang nak saya sembunyikan.”
Jadinya, rumusan daripada cerita 2 penjuru mereka berdua ini, kenyataan yang terbit dari pihak Fizz dan Fara amat kontra sama sekali. Persoalannya, mana satu yang betul?
Apa-apapun, sikap yang dipaparkan Almy Nadia dalam berhadapan dengan kontroversi ini harus dipuji apabila dia mengambil pendekatan meminta isu ini diselidiki terlebih dahulu.
Selain itu, dia yang baru sahaja melahirkan anak sulung turut meminta agar pihak media bertanya sendiri kepada Fizz dan wanita berkenaan tentang gosip tersebut.
“Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih. Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang.”
Tak mengapalah, orang cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita tunggu dan lihat saja, siapa yang bersalah dalam hal ini… – MYNEWSHUB.CC
Ketuk-Ketuk Ramadan Bersama Almy Nadia
0 Response to "Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal"
Post a Comment