(11 Gambar) Mayat Berkecai Digilis Lori Kepala Sawit

Seorang warga emas menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan apabila digilis lori yang membawa muatan kelapa sawit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengahari di kilometre 112.5, Jalan Yong Peng-Labis dekat Batu Pahat pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, mangsa How Moi Hua 64, yang berasal dari Jalan Ujong, Yong Peng maut ditempat kejadian dalam keadaan anggota badannya hancur.
“How dipercayai cuba menyeberang jalan sebelum terlanggar bahagian kanan lori dari arah Yong Peng ke Labis itu ketika sampai di tengah-tengah jalan.
“Dia kemudian terjatuh di atas jalan lalu digilis tayar sebelah kanan lori yang dipandu seorang lelaki berumur 50 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa mengalami cedera parah di kepala, anggota badan serta putus tangan kanan dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.
Din berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Wowberita

0 Response to "(11 Gambar) Mayat Berkecai Digilis Lori Kepala Sawit"

Post a Comment