Budak Dapat Parasit Selepas Dipaksa Telan Katak Hidup


BEIJING – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di China akibat jangkitan parasit selepas dipaksa oleh ibunya untuk menelan tiga ekor katak hidup.
Wanita hanya dikenali sebagai Li, sebelum itu berasa bimbang apabila anaknya dikatakan menunjukkan tanda-tanda sawan dan percaya kononnya ia rawatan terbaik untuk menyembuh penyakit sawan yang dialaminya.
Kawannya kemudian menyarankan dia menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menelan katak kerana katanya, anak mereka yang kebetulan turut mengalami penyakit itu telah berjaya sembuh.
Li tanpa berfikir panjang kemudiannya mula mencari katak untuk diberikan kepada anaknya itu.
Selepas menangkap tiga ekor katak, dia dan keluarganya kemudian memaksa budak kecil itu menelan katak-katak terbabit.
ibu
Ternyata katak berkenaan bukan menyembuhkan penyakit anaknya sebaliknya menyebabkan perutnya membengkak.
Selepas dibawa ke hospital, kanak-kanak terbabit dikesan menghidap sparganosis iaitu jangkitan parasit yang disebabkan oleh lava cacing pita yang dibawa oleh katak itu.
Ia boleh menyebabkan buta dan kerosakan otak.
“Kami berpandangan terdapat banyak lagi parasit dalam badan budak itu. Dia akan diberikan rawatan lanjut,’’ kata Dr. Lei Min yang tidak menjelaskan sama ada kanak-kanak itu betul-betul menghidap sawan seperti yang didakwa ibunya.



0 Response to "Budak Dapat Parasit Selepas Dipaksa Telan Katak Hidup"

Post a Comment