Kota Bharu: “Akibat mengambil dadah, saya dijangkiti HIV dan penderitaan saya tak berhenti di situ apabila turut dibuang keluarga dan bercerai dengan isteri.
“Kini sudah 10 tahun saya tidak bertemu mereka, malah langsung tidak dapat mendekati anak sendiri. Saya rindu mereka,” luah Azmi, 40, yang menghuni rumah Persatuan Perantaraan Pesakit Kelantan (SAHABAT) di Jalan Pintu Geng, di sini.
Dia yang berasal dari Jeli menceritakan penderitaan dihadapi kerana ketagihan pada dadah yang kronik sehingga dijangkiti HIV dan kehilangan insan tersayang.
Katanya, walaupun sudah berkahwin dan mempunyai lima anak, kegemarannya terhadap dadah sukar dikikis kerana sudah menjadi penagih tegar sejak berusia 19 tahun.
“Saya berkahwin pada 1999, namun perkahwinan hanya bertahan lima tahun saja, salah satu punca kerana ketagihan saya kepada dadah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68518#sthash.Z5NnNd6H.dpuf
0 Response to "Azmi, 40 Cerita Kisah Mula-Mula Ketagih Dadah Hingga Dapat HIV"
Post a Comment